Pengantin lelaki gelar isterinya bodoh, diceraikan selepas beberapa minit berkahwin

loading...

Awal minggu ini, kes pasangan pengantin baharu di Kuwait bercerai selepas beberapa minit diijabkabulkan, viral di media sosial. 

Lapor Q8 News, pasangan itu bercerai sebelum sempat keluar dari mahkamah di mana mereka baru sahaja menandatangani sijil perkahwinan mereka. 

Difahamkan, pengantin perempuan berasa kesal dan sedih selepas dihina oleh pasangannya kerana dia tersandung ketika keluar dari mahkamah itu. 

Lelaki itu bukannya mahu menghulurkan bantuan, tetapi memanggilnya 'bodoh' kerana tersandung. 

Berang dengan tindakan lelaki itu yang menghinanya di hari pernikahan mereka, pengantin perempuan masuk semula ke dalam mahkamah dan memohon untuk bercerai. 

Kes itu kemudian viral di media sosial dan kes itu juga menjadi sejarah perkahwinan yang paling singkat di Kuwait. 

Sementara itu di media sosial, kes itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan si perempuan. 

"Kalau dah begitu cara si lelaki melayan isterinya pada awal perkahwinan, eloklah ditinggalkan. 

"Si suami gagal menunjukkan rasa hormat pada isteri," kata netizen. 

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa si perempuan hanya mencari alasan untuk bercerai dan meninggalkan lelaki itu. 

Sumber: MSN
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close