Budak perempuan dirogol rakan serumah bapanya

loading...

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mendakwa dia telah dirogol oleh rakan serumah bapanya di Kangar pada April lalu. 

Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, mangsa  mendakwa kali pertama dia dirogol oleh lelaki berusia 37 tahun itu yang sudah setahun tinggal bersama bapanya, pada awal April lalu kira-kira jam 12.30 malam di dalam biliknya. 

"Suspek dikatakan masuk ke biliknya dan mengejutkannya lalu mengajaknya ke bilik air sebelum merogolnya.

"Kali kedua suspek merogol mangsa adalah beberapa minggu selepas kejadian yang pertama. 

"Suspek didakwa mengejutkan mangsa tidur kira-kira jam 1 pagi dan membawanya ke kontena kosong yang berada di halaman rumah bapa mangsa sebelum merogolnya. 

"Ketika kejadian rogol itu berlaku, bapa mangsa tiada di rumah dan hanya tinggal mereka berdua sahaja," katanya. 

Mangsa bagaimanapun takut mengadukan kejadian itu kepada ibu bapanya dan difahamkan, ibu bapanya telah bercerai dan tinggal berasingan. 

"Atas faktor kebimbangan suspek akan mengulangi perbuatan sama menyebabkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam. 

"Susulan laporan itu, seorang penganggur ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. 

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close