loading...
Dalam kejadian yang berlaku pada 15 Mei lalu di China, pelanggan restoran itu secara tidak sengaja terjatuhkan pemetik api itu ke dalam periuk ketika cuba menyerahkannya kepada rakan di hadapan.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa cuba mengeluarkan pemetik api itu sambil diperhatikan oleh tiga pelanggan berkenaan.
Secara tiba-tiba sup yang mengandungi cili dan rempah itu meletup dan percikannya terkena pada muka mangsa dan pelanggan.
Mangsa dan seorang pelanggan lelaki dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Pelanggan lelaki mengalami luka melecur ringan di bahagian tangan, manakala pelayan terbabit juga dilaporkan stabil dan beransur pulih.
0 comments:
Post a Comment