loading...
Polis sehingga kini masih dalam usaha mengenalpasti identiti mayat yang ditemui di kawasan semak berhampiran Shahbandar, Tuaran, semalam dan kini tersebar pula di beberapa laman Facebook gambar seorang lelaki yang didakwa merupakan salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
Menurut sumber, lelaki dalam gambar itu adalah warga Filipina yang mengaku terlibat dalam kes pembunuhan Mohd Hanafiee itu selepas ditahan dan disiasat pihak polis.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, salah seorang suspek merupakan lelaki tempatan dan seorang lagi lelaki warga asing masing-masing berusia dari 20 hingga 24 tahun.
Kedua-dua suspek mengaku terlibat secara langsung dalam kejadian itu di mana mangsa disamun sebelum dibunuh dan mayat mangsa dibuang ke kawasan semak tersebut.
Sementara itu, beberapa rakan mangsa yang turut sebak dengan kejadian itu, tampil menceritakan perbualan terakhir mereka dengan mangsa sebelum pergi buat selama-lamanya.
"Inilah perbualan terakhir, perjumpaan terakhir dengan arwah. Pernah suatu ketika kami berjumpa di pekan Papar. Kebetulan dia menghanar penumpang di pekan. Kami saling update life masing-masing, bila nak kahwin, dan topik favourite kami, kerja.
"Masa itu dia sudah berhenti kerja dan jadi freelancer graphic designer and physically tiring. Tapi dia kata nak cari duit untuk kahwin," kata Azmir Izani.
Sumber: Astro Awani, Azmir Izani
LAPORAN BERKAITAN
0 comments:
Post a Comment