'5 tahun stay dengan awek macam laki bini, line clear macam Jabatan Agama tak wujud' - Bangga buat maksiat di tempat orang

loading...

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook memuat naik kenyataan berhubung isu tangkap khalwat yang berlaku di negeri Kelantan. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam satu Facebook media, Zack Sonoda berkata, kes tangkap khalwat di negeri Kelantan kerap berlaku kerana penguatkuasaan jabatan agama sangat aktif. Berbanding di Kuala Lumpur / Selangor. 

Berdasarkan pengalamannya, Zack yang berasal dari Kelantan itu, pernah tinggal di dua lokasi itu, dia mengakui pernah tinggal bersama dengan teman wanitanya selama lima tahun tanpa dikesan oleh pihak jabatan agama. 

"Aku orang Kelantan, tapi pernah tinggal di Kuala Lumpur / Selangor selama tujuh tahun. Kenapa Kelantan kerap ada kes (tangkap khalwat) macam ni? Sebab Kelantan, penguatkuasaan Jabatan Agama sangat aktif. Jadi, susah nak ada peluang, mesti kena tangkap. 

"Tetapi kalau area Kuala Lumpur dan Selangor ni, aku duduk dengan awek aku lima tahun, stay sekali dah macam laki bini. Masa study, sehari bawa balik awek satu koleh, tiga orang lain-lain pula tu. Steady tak pernah kena. 


"Line clear macam Jabatan Agama tak wujud langsung. Bersepah sini semua duduk dengan couple. Mana ada kena apa-apa. Sebab itu tak ada nampak orang Kuala Lumpur dan Selangor ada kes. Penguatkuasaan sangat-sangat jarang ada. Kalau ada pun, setahun ada la 2-3 kali. Hahahaha!" tulisnya. 

Bagaimanapun, netizen mengecam kenyataan Zack yang dianggap berbangga dengan maksiat yang dilakukannya. 














Sumber: San Miguel
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close