loading...
Ahli bina badan Iran yang digelar sebagai Hulk Iran mengumumkan hasratnya untuk memasuki pertandingan mempertahankan diri campuran (MMA) Januari lalu dan kini mengumumkan anak menentang peninju dari Brazil tahun ini.
Sewaktu mengumumkan hasratnya mahu menyertai MMA melalui Instagram, Sajad Gharibi yang mempunyai berat 176.9 kilogram dengan ketinggian 182.9 sentimeter itu mencabar mana-mana individu yang berani untuk tampil bertarung dengannya.
"Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembunyi di belakang penaja anda," tulis Sajad.
Minggu lalu, Sajad mengumumkan dia menerima cabaran dari pencabarnya dari Brazil dan pertarungan mereka dijadualkan berlangsung menjelang hujung tahun ini.
Walaupun Sajad tidak mendedahkan siapa pencabarnya itu, tetapi netizen membuat spekulasi pencabarnya ialah Romario do Santos Alves, 29, yang digelar sebagai Hulk Brazil.
Alves sebelum ini pernah mengugut mahu mengoyakkan kepala Sajad menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya.
Sekiranya dua ahli bina badan ini bertemu di gelanggang, Sajad dikatakan mempunyai kelebihan dari segi saiz badan. Tetapi kelebihan itu tidak menjamin Sajad boleh menang.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment