(Video) Anak nyaris lemas, ibu sibuk layan alkohol & marijuana

loading...

Seorang ibu kepada dua anak didakwa di mahkamah selepas anak lelakinya berusia tiga tahun nyaris lemas dalam kolam air panas sementara dia berada di bawah pengaruh alkohol, lapor Daily Mail

Apryl Connolly, 36, dari Florida, didakwa mengambil minuman beralkohol di tepi kolam dan dua anak kembarnya berenang di kolam di Perry Ocean Edge Resort di Pantai Daytona, kira-kira jam 10 malam Ahad, 24 Mac 2019. 

Bapa mangsa, membawa anak-anaknya ke meja di tepi kolam untuk dijaga oleh ibunya yang duduk di meja itu, sementara dia mengemaskan barangan mereka. 

Beberapa minit kemudian, si bapa ternampak seorang lelaki melompat ke dalam kolam dan mengambil anaknya keluar. 


Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup, dua kanak-kanak itu dilihat berada di tepi kolam sebelum mangsa terjun ke dalam kolam itu. Video jelas menunjukkan mangsa terkapai-kapai kelemasan. 

Seorang petugas di kaunter ternampak kejadian itu segera memaklumkan kepada petugas hotel yang kemudian segera terjun masuk ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan mangsa yang sudah dua minit berada dalam kolam tersebut. 

Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan dan terus dikejarkan ke hospital serta keadaannya dilaporkan kritikal. 

Pemeriksaan video CCTV juga mendapati, ibu mangsa ada membuang sesuatu dari dompetnya dan siasatan mendapati ia adalah pil berwarna biru. 

Connolly didakwa berada di bawah pengaruh alkohol, marijuana, oxycodone dan suboxone sebelum anaknya terjatuh dalam kolam tersebut. 

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara terhadap Connolly kerana cuai dalam menjaga anak dan cuba memusnahkan bahan bukti.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close