loading...
Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal memarahi dan menampar muka wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di ibu kota itu, penunggang motosikal terbabit dipercayai berang dengan wanita terbabit tidak memberi 'signal' ketika mahu membelok.
Berdasarkan video berdurasi 34 saat itu, lelaki itu menjatuhkan motosikalnya dan terus memarahi mangsa. Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu segera datang menghalangnya dari bertindak kasar, malangnya terlambat bila lelaki itu sempat menampar muka mangsa sebanyak dua kali.
Keadaan menjadi kecoh, beberapa orang awam tampil membantu meleraikan kejadian itu dari menjadi semakin buruk.
Meskipun sudah dihalang, lelaki itu masih tidak berpuas hati dan menengking mangsa.
0 comments:
Post a Comment