'Dia tidak mampu berdiri, bercakap & perlu makan menggunakan straw' - Bapa mangsa

loading...

12 Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan parah selepas ditimpa peti ais dalam kejadian yang berlaku di rumah keluarganya. 

Menurut bapa mangsa, Mohd Bukhari berkata, dia percaya anaknya, Muhammad Fawwaz Adli, tidak dihempap peti ais itu sepenuhnya tetapi dipercayai pada bucunya peralatan elektrik berkenaan. 

Dalam perkembangan terkini, Muhammad Fawwaz Adli dilaporkan tidak lagi mampu untuk berdiri dan bertutur semenjak kejadian itu meskipun anaknya telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. 

"Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama. Selain itu anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw. 

"Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close