loading...
Lapan penghuni PPR Kampung Kerinchi mengalami kecederaan selepas lif yang dinaiki mereka terhempas dari tingkat lima.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.36 petang tadi, mengerahkan 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh ke tempat kejadian.
Sebaik saja tiba, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah dan seramai lapan mangsa terperangkap dalam lif tersebut yang terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak lelaki.
Empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak terbabit patah kaki, manakala mangsa yang lain mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki.
Kesemua mangsa dihantar di PPUM untuk mendapatkan rawatan.
Salah seorang mangsa yang tidak mengalami kecederaan, Ahmad Shahid Imran, 24, berkata, dia bersyukur kerana sempat memegang panel butang lif ketika ia sedang terhempas ke bawah.
Menurut Ahmad, ketika kejadian, penduduk baru pulang dari solat Jumaat dan menaiki lif untuk ke tingkat atas. Setibanya di tingkat lima, pintu lif terbuka dan secara tiba-tiba terhempas ke bawah.
"Ketika itu, keadaan kelam kabut kerana pintu lif tidak tertutup dan kami yang berada di dalam lif menjerit ketakutan.
"Selepas terhempas, ada yang tidak boleh bangun termasuk seorang kanak-kanak dan OKU.
"Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Selepas membantu semua mangsa, saya pulang ke rumah," katanya yang turut mengatakan kejadian itu merupakan kejadian kedua yang berlaku di PPR tersebut.
Dalam kejadian sebelum ini, seorang mangsa cedera.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
0 comments:
Post a Comment