Jumpa Sarung Tangan Dalam Tin Sardin

loading...

Beberapa foto telah dikongsikan di facebook oleh Abiey Putra yang telah berkongsi penemuan sehelai sarung tangan di dalam tin sardin yang dibelinya.

Menerusi perkongsian di facebook group IRDK (Kelantan), perkongsian itu menjadi sensasi dan tular. Gambar itu memaparkan sehelai sarung tangan yang dijumpai di dalam tin sardin berjenama Yummy yang dibelinya pada harga RM2 dan tidak menyatakan lokasi kedai.

Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Netizen ratanya memberi reaksi menyatakan rasa jijik dan loya. Malah, ada yang menyarankan supaya tidak membeli barangan yang kurang kualitinya.


Ada juga segelintir netizen menyalahkan pengendali makanan tersebut kerana bersikap cuai dalam proses pengendalian makanan sekaligus meragui tahap kebersihan produk yang dihasilkan.

The post Jumpa Sarung Tangan Dalam Tin Sardin appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close