Pesawat Pejuang Korea Lintasi Ruang Udara Kuala Lumpur

loading...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak cemas jika melihat pesawat pejuang Black Eagles milik Tentera Udara Republik Korea melintasi ruang udara Kuala Lumpur pagi Rabu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan terbang lintas yang terkawal bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2017.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya adalah merupakan satu terbang lintas yang terkawal.

“Justeru orang ramai juga boleh mengambil peluang menyaksikan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang membuat pertunjukan udara di LIMA 2017 baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

TUDM menjangkakan pesawat pejuang Tentera Udara Korea Selatan itu akan melintasi ruang udara Kuala Lumpur dan KLCC dari pukul 10.30 hingga 10.45 pagi.

The post Pesawat Pejuang Korea Lintasi Ruang Udara Kuala Lumpur appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close