Aku Tak Flawless

loading...

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada admin & para pembaca. Terima kasih aku ucapkan kepada admin yang sudi siarkan penulisan aku. Aku seorang wanita. Umur dah 26. Masih bujang. Masa zaman sekolah aku takda masalah kulit. Memang flawless la. Cuma kulit aku bukanlah jenis putih melepak. Cukup sawo matang.

Bila masuk zaman universiti dalam semester ke 4. Aku mula didatangi makhluk yang dinamakan jerawat. Mula2 aku tak peduli sangat. Mungkin hormon kot sebab semakin meningkat dewasa. Tapi lama kelamaan lepas satu, satu yang tumbuh. Sampai naik rimas aku tengok muka sendiri dalam cermin.

Macam2 produk dah aku cuba. Tapi aku tak la cuba dalam masa yang sama. Lepas try satu produk, bila tak sesuai aku neutralkan muka semula tak pakai apa2, pastu try lain pulak. Aku dah pernah g klinik pakar kulit. 2 klinik dalam tempoh yang berlainan. Mula2 je elok. Pastu datang balik. Padahal aku jaga kulit lebih daripada adik beradik aku yang flawless.

Dugaan datang dari diri sendiri. Rasa tak confident bila nak keluar nak berhadapan dengan orang ramai. Perasaan negatif bila orang tengok muka aku. Aku rasa macam dia kutuk kulit aku dalam hati. Pengotor, tak pandai jaga diri. Rasa jijik tengok muka sendiri. Semua perasaan rendah diri tu memang bersarang dalam diri.

Dugaan yang kedua aku hadap dengan keluarga sendiri. Adik beradik aku yang lain jenis kulit flawless & putih sebab kitorang ada kacukan cina. Aku pulak ikut kulit belah melayu. Sawo matang. Jangan salah faham. Aku tak salahkan takdir dna melayu tu dalam diri aku ye. Aku bangga aku sorang yang jelas mewarisi dna melayu tu. Jadi bila aku jalan dengan adik beradik, orang akan cakap, “Eh? Adik bradik ke? Kenapa muka lain ye?” dan aku cuma mampu senyum pahit je. Dalam hati, menjawab, “ye, aku tau, aku tak putih, kulit berjerawat, pendek pulak tu.”

Aku kutuk diri sendiri. Padahal orang tak cakap macam tu. Cuma aku yang rasa ayat tu seolah2 menghina aku. Aku pernah tanya pada kazen aku, apa yang dia pakai untuk kulit. Dia cakap, “senang je, pakai air wudhuk je.” Dan aku rasa macam nak bagi kamekameha time tu jugak kat dia. Abis kau ingat aku bertayamum je ke tiap kali nak solat?

Kadang2 aku rasa hairan dengan sesetengah orang yang jenis takda sensitiviti. Bila orang yang hadapi masalah low self esteem terutamanya tanya kau benda yang dia rasa nak perbaiki diri, kau jawab elok2 boleh tak? Jangan nak condenm dengan rasa riak atas nikmat yang kau ada. Ye, aku tau ada orang yang kulitnya tak pakai apa2 pun takda masalah. Cuci muka pakai sabun buku pun tetap flawless macam buat treatment kat spa. Tapi jangan la perkecilkan kami yang diuji ni dengan ayat2 yang menyakitkan hati.

Mak aku pulak jenis yang jaga kulit jugak. Kau rasa aku yang hidup dalam lingkungan orang2 flawless ni dapat duduk tenang tak bila keluarga sendiri selalu tegur? Mak aku selalu bandingkan kulit aku dengan adik beradik lain. Kalau ada waktu kitorang duduk2 berkumpul cerita2, mak akan cakap kat salah sorang adik beradik aku. Kakak aku contohnya. “Kulit kak rin cantik. Takda jerawat & parut2. Dah kawen makin berseri.” Start aku dengar ayat ni aku dh boleh agak, topik ni dituju untuk aku. So, aku kadang2 ada merajuk pada mak aku. “ye tau la.. Kulit kak rin memang cantik, kulit cik tak cantik. Sebab tu tak kawen2 lagi.”

Bila berkumpul dengan family, makcik2 atau jiran2 aku pun tegur pasal kulit aku. “kenapa dengan muka tu.” “Banyak boifren la ni.” “Ni tak sabar nak kawen ke ni?” What?? So, aku yang asalnya rajin berceloteh jadi lebih selesa bawa diri ke ceruk dapur tunggu pinggan2 kotor datang. Takda orang nak tengok aku kat sana.

Sekarang ni, bila adik aku nak kawen dah, makin ramai yang tanya aku bila lagi. “Kalau dah kawen nanti, mesti elok kulit muka tu.” Kau rasa apa perasaan aku waktu tu? Ye, aku tau la mungkin aku yang sensitif sangat. Tapi aku jawab la yang masih nak teman mak aku. Tak puas hidup bujang. Tunggu je kad aku sampai nanti. Sekarang aku dah tak kisah pun.

Sebenarnya bila aku diuji dengan kulit macam ni, aku boleh nampak mana lelaki yang pandang lebih kepada kecantikan semata2. Kalau waktu aku dalam keadaan sebegini pun dia tak pandang, apatah lagi bila aku tua kerepot nanti. Akan ada je orang yang boleh menerima orang macam aku seadanya. Walaupun kenyataannya memang ramai lelaki memandang rupa.

Kepada orang2 yang senasib dengan aku, bertabahlah. Kita terima ujian ni, memang bukan kehendak kita. Kita bukannya tak berusaha pulihkan diri. Dah try macam2 produk dari tradisional sampai ke moden. Sampai ke confession journey to the beautiful skin tu pun aku try masa ni. Tapi kalau Allah tak izin sembuh memang takkan sembuh. Kita diuji dengan kulit macam ni, kena terima dengan redha.

Ingat je ada orang yang lebih teruk dari ujian kita. Ada orang yang diuji dengan kecantikan. Bila diuji dengan kecantikan, rasa riak tu pasti datang. Selain rasa riak, dalam hati, kau akan pandang rendah pada orang yang kulitnya tak seelok kulit kau. Tak semua, tapi ada. Itu ujiannya. Dari situ kita boleh nampak siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur nikmat Dia bagi. Mungkin Allah x uji dengan kecantikan supaya kita tak riak dengan nikmat itu. Kita cuma hamba, Dia beri, kita jangan sesali.

– Cik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close