Gaji Masih Dalam Lingkungan Rm1000

loading...

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu aku cuma ingin kongsikan pengalaman aku kepada pembaca. Mungkin dalam kalangan belia mesti ada yang senasib seperti aku.

Begini, aku memiliki taraf pendidikan diploma akauntansi dari ipta dan punyai hampir 4 tahun pengalaman bekerja. Isu pemilihan pekerjaan berpunca dari kemahuan gaji yang setimpal dengan kelayakan.

Seperti aku juga, setelah tamat belajar, gaji permulaan hanya RM900 sebulan di firma amat-amat mencabar bagi aku yang menyara orang tua aku dan kelengkapan rumah. Kenapa sikit sangat? Tak tahu kenapa tapi range di bandar masa tu memang standart macam tu (bukan di KL).

Aku cuba juga mencari setiap peluang yang ada untuk tingkatkan pengalaman dan level tapi bila cari kerja baru, stage gaji masih sama. Tak lebih tak kurang antara RM1,300 sebulan. Mungkin ada di antara korang anggap kenapa aku tak cari kerja di kilang ataupun industri lain?

Iya sudah puas aku drop resume sana sini, print 10 copy tapi yang panggil interview sangkut 1, 2 je. Yelah, bukan mudah kerana kelayakan diploma aku memerlukan ijazah untuk ke peringkat seterusnya.

Ada sampai satu tahap dimana aku merasakan setiap bulan sebelum 15hb gaji aku dah habis sebelum waktu memaksa untuk aku bekerja part time di shopping complex. Tak banyak dalam RM300 sebulan tapi bole kata duit tepi untuk buat belanja harian. Tipulah kata tak letih tapi desakan ekonomi dan taraf gaji masih rendah pada masa sekarang mendesak untuk buat 2 kerja.

Kalau ditanya mana pergi gaji, jangan lah anggap yang aku suka perabis di luar sana. Masuk je gaji, benda pertama kena buat, hulur dekat parent aku. Kalau orang lain mungkin hulur RM100 dah kira memadai bukan ? Tp adalah faktor parent aku tak mempunyai punca pendapatan lain ataupun pencen yang memerlukan aku membantu mereka.

Aku juga punya adik beradik lain, cuma aku hanya anggap itu hak parent aku, mana yang mereka keluarkan itu lah yang dikongsikan bersama. Sekurangnya RM250 diberikan untuk duit poket mereka. Kadang-kadang sampai tak kisah sehingga adakala guna duit tu untuk beli barang basah sebab aku dah tak cukup duit.

Gedebak gedebuk bayar bil letrik, air, astro dalam RM150. Barang kering sebulan RM150. Bawa makan-makan luar dalam RM50. Beli barang kelengkapan diri RM100 maka tinggal lah RM300 belanja harian untuk survive sehingga gaji bulan depan. Simpanan? Tipulah kata ada. Aku hanya mampu simpan syiling sehingga penuh balang sebesar sos spegetti tu. Sedih kan?

Pernah satu tahap, punca pertelingkahan mesti sebab duit. Murung diri pun ya. Yelah dah umur meningkat tapi masih takde pape utk diri sendiri. Nak sediakan transport yang selesa untuk parent pun masih tak mampu lagi. Teringin nak travel dengan member. Pengaruh berfesyen, pernah kena label jenis tak bersosial tapi semua tu buat aku kenangkan belanja rumah yang sentiasa jadi komitmen aku. Hujung minggu abiskan masa di rumah je.

Lama kelamaan, gaji aku mencecah RM2,300 sebulan tak termasuk overtime selepas bekerja di KL. Tapi level di KL pun masih rendah lagi kan? Tapi bagi aku, itulah carta tertinggi gaji yang pernah aku dapat. Lepastu, atas sebab aku terpaksa berhenti kerana penat berulang setiap hari dan selalu outstation menyebabkan aku undur diri.

Tapi hikmah dia, Allah beri peluang kepada aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah walaupun secara part time. Now, aku masih bekerja dalam lingkungan gaji bawah dari RM1,800 sebulan yang dekat dengan rumah org tua aku. Yang penting sekarang, cuma tawakal yang rezeki Allah tu luas. Dari situ aku menyara orang tuaku seperti biasa serta menanggung yuran pengajianku.

Kalau korang rasa korang tak boleh, mengertilah, luasnya rezeki Allah tu. Usaha cari kerja yang bersesuaian sehingga kau terima rezeki yang setimpal. Amin!

– Gadis yang belum punyai kereta.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close