Gadis Ini Bawa Bapanya Tinggal Bersama Di Asrama Universiti. PUNCANYA Buat Ramai Orang TERHARU !!! | HARIAN METRONI – Zaman remaja adalah zaman paling mencabar di mana kita mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang ditunjukkan terutamanya melalui media. Ada antara kita pula yang mengambil kesempatan untuk merasai kebebasan yang tidak dapat dinikmati sebelum itu. Mana tidaknya, ketika umur inilah rata-rata remaja mula meninggalkan rumah, masuk ke alam kolej atau mungkin untuk bekerja.
Namun bagi remaja perempuan dari China ini dia telah menggunakan masa-masa remajanya dengan menjaga ayahnya. Apa yang lebih menariknya, dia juga telah diberikan asrama percuma oleh pihak universiti bagi memudahkan dia menjaga ayahnya yang telah tua.
Menurut Shanghaiist, Chen Chunlin, 20 tahun yang kini menjadi pelajar baru di Huazhong Normal University di Wuhan, berterima kasih kerana dapat membawa bapanya ke universitinya. Dia sangat gembira kerana bukan sahaja dapat meneruskan pengajian di universiti malah dalam masa yang sama dapat menjaga bapanya.
Ini kerana ayahnya telah mengalami cerebral infraction lima tahun yang lalu. Ibunya telah meninggal dunia ketika Chen berusia sembilan tahun dan bapanya menderita penyakit itu ketika dia berumur 15 tahun.
Penyakit itu telah menyebabkan dia mengalami gangguan dari segi mobiliti, jadi Chen telah menjaga ayahnya sejak lima tahun yang lalu dengan memasak, mandi dan menghabiskan masa dengannya.
Walaupun sibuk dengan segala tugasan yang ditanggungnya, gadis ini masih pandai membahagikan masanya untuk belajar dan berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaannya.
Syukurlah, kerana universiti memahami keadaannya dan menawarkan asrama satu bilik tidur percuma untuk kedua-dua mereka supaya Chen dapat terus menjaga ayahnya dengan mudah.
“Rumah adalah di mana adanya ayah saya,” kata Chen lagi. Ayahnya juga sangat berterima kasih kepada kawan-kawan dan orang ramai yang telah membantu mereka selama bertahun-tahun dan berkata.
“Saya berharap apabila anak perempuan saya dewasa kelak, dia boleh menjadi seorang guru supaya dia dapat membalas kebaikan yang kami terima daripada masyarakat.”
Kredit : Era Baru
The post Gadis Ini Bawa Bapanya Tinggal Bersama Di Asrama Universiti. PUNCANYA Buat Ramai Orang TERHARU !!! appeared first on HARIAN METRONI.
0 comments:
Post a Comment