Wanita Ini Sanggup Pinang Rakan Niaga Sbg Madunya Kerana…MENGEJUTKAN !!!

loading...

Wanita Ini Sanggup Pinang Rakan Niaga Sbg Madunya Kerana…MENGEJUTKAN !!!| Siakapkell – KUALA LUMPUR – Atas dasar kasih dan sayang terhadap seorang sahabat yang dianggapnya sebagai kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki, mengambil keputusan untuk merisik dan meminang wanita itu sebagai madunya, lapor Harian Metro.

PUJUK SUAMI KAHWIN DENGAN RAKAN NIAGA
Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga anak yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya. Malah, Ida sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, untuk menerima Norinie sebagai isteri kedua. “Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie sebagai rakan niaga.

“Suami memaklumkan agar dia diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab sebagai seorang sahabat,” katanya kepada Harian Metro.

SUAMI AKHIRNYA BERSETUJU
Namun suami akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu dan dia amat bersyukur dengan keputusan suaminya. “Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalah ke majlis akad nikah diadakan semalam jam 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara mara,” katanya.

Menurut Ida, keluarganya juga menerima baik dan tiada sebarang masalah yang timbul. Malah anak lelakinya yang berusia tiga tahun juga rapat dan manja dengan madunya sehingga memanggilnya sebagai ‘Didi’. “Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras, dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sumber: Emas Putih

The post Wanita Ini Sanggup Pinang Rakan Niaga Sbg Madunya Kerana…MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close