'Jangan rakam!' - Kekasih potong kemaluan teman lelaki

loading...

INDIA - Seorang lelaki terpaksa menahan derita kesakitan apabila kemaluannya dipotong kekasihnya selepas wanita itu mendapati mangsa akan berkahwin dengan wanita lain, lapor Daily Mail. 

Mangsa berusia 26 tahun yang hanya dikenali sebagai Irshad, dilaporkan telah bertemu dengan suspek, 30, buat kali terakhir sebelum dia dikahwinkan dengan wanita pilihan ibu bapanya. 

Suspek telah mengajak mangsa untuk bertemu di sebuah rumah tumpangan di Kattipuram, India, di mana mangsa telah diserang oleh suspek dan kemaluannya telah dipotong dengan pisau dalam kejadian Selasa lalu.





Beberapa penghuni berhampiran terdengar suara jeritan mangsa lalu bergegas mendapatkannya sebelum menemui lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah. Bimbang melihat kecederaan mangsa, mereka terus mengejarkannya ke Hospital MIMS di Kozhikode, untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Video menunjukkan mangsa terbaring di katil hospital sambil menunjukkan mangsa masih mampu melindungi wajahnya daripada dirakam dengan telefon bimbit. 

Menurut sumber polis berkata, "Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital MIMS buat masa ini. Sebelum itu dia berada di rumah tumpangan itu bersama dengan suspek. Kami telah menahan reman suspek untuk membantu siasatan," katanya.



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close