loading...
RUSIA - Seorang remaja yang juga ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia selepas ditinggalkan bersendirian di rumah selama seminggu, bakal dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun, lapor Mirror.
Viktoria Kuznetsova, 17, meninggalkan Egor, 9 bulan, bersendirian di rumah agar dia dapat keluar dan bertemu dengan rakan-rakannya di asrama kolej tempatnya belajar.
Difahamkan, Viktoria tinggal bersama bayi dan suaminya di Rostov, sebelum suaminya dipanggil untuk menjalani perkhidmatan ketenteraan.
Sebaik saja suaminya meninggalkan rumah mereka, Viktoria terus meletak anaknya dalam kereta sorong, mengunci pintu dan keluar bertemu dengan rakan-rakannya.
Viktoria kemudian meluangkan masa selama seminggu berpesta dan tinggal di asrama kolejnya sementara bayinya mati kelaparan secara perlahan-lahan.
Remaja itu juga sempat memuat naik status di akaun media sosialnya yang mengatakan segala-galanya baik sahaja, diikuti dengan dua lagi status, "Hanging out with Nastya, I've dyed my hair black", dan dua hari kemudian status berikutnya, "We argue, we're holding grudges and getting angry with those whom we love sincerely and whom we're afraid of losing."
Apabila kakitangan asrama bertanya di mana bayinya, Viktoria berbohong dan mengatakan anaknya telah dihantar dan dijaga oleh ibu saudaranya.
Mayat Egor yang mereput itu kemudian ditemui oleh beberapa jiran yang berasa curiga dan tidak melihat kehadiran anak kecil itu selama seminggu, lalu menghubungi pihak berkuasa.
Polis tiba di lokasi kejadian dan memecahkan pintu rumah tersebut serta menemui mayat Egor dalam keadaan tidak bernyawa, dalam kereta sorong.
Ketika disoal siasat, Viktoria mengaku dia sengaja meninggalkan bayi itu sehingga mati kerana dia tidak mahu menjaganya lagi.
Siasatan juga mendapati, 8 bulan sebelum kejadian itu, Viktoria juga pernah menyerahkan Egor kepada rumah anak yatim, tetapi diambil semula selepas dua bulan kemudian.
Susulan penahanannya itu, suaminya yang telah memfailkan perceraian, memuat naik gambar mayat anaknya di media sosial dengan kapsyen, "Inilah yang berlaku kepada anak saya".
0 comments:
Post a Comment