Pelajar pengsan selepas melahirkan bayi perempuan di sekolah

loading...

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Seorang pelajar perempuan ditemui pengsan di surau sekolah menengah di sini, hari ini, selepas melahirkan bayi perempuannya, lapor Harian Metro. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah yang memaklumkan penemuan pelajar berusia 15 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di surau sekolah jam 10.30 pagi tadi. 

"Anggota polis pergi ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring bersama bayi perempuan di atas badannya. 

"Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi itu bersendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu," katanya. 

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan untuk membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close