ISTERI Rasa MALANG, Nak Cium Suami Pun Rasa GELI. MENGEJUTKAN !! | Baca Viral – Kita selalu mendengar luahan beberapa suami yang selalu mengeluh isteri mereka tidak cantik seperti anak dara dahulu. Bukan itu saja, boleh pulak si suami membandingkan isterinya sendiri dengan isteri orang lain yang sudah mempunyai banyak anak, namun tetap boleh menjaga penampilan mereka.
Cerita diatas ialah cerita normal yang kita selalu dengar. Yang tidak biasa kita dengar ialah, ketika seorang isteri mengeluh tentang seorang suami yang sebelum ini tampan bak Fattah Amin, sekarang sudah BUNCIT, MULUT BERBAU, KEPALA SUDAH BOTAK dan macam-macam lagi. Jarang kan kita dengar isteri kata macam tu. Tapi adakah suami akan membaca luahan hati isteri ini? Kalau terbaca luahan sebegini, pasti menangis la suami tu dan anggap isterinya yang telah berubah.
LUAHAN ISTERI
Sekarang aku hendak meluahkan perasaan dan stres aku terhadap suami aku. Semasa mula-mula menikah dulu, suami aku tampan ‘giler’. Bibir merah, tubuh sado, banyak mata gadis yang selalu curi pandang suami aku sampai kadang-kadang aku juga cemburu saat wanita lain tengok dia.
Tapi setelah lapan tahun menikah (lapan tahun TAU, bukan 15 tahun) dan dikurniakan dengan empat anak, suami aku dan nampak tak ubah macam orang hutan. Dengan perutnya boroi, kepalanya sudah botak, dahinya melebar seperti lapangan golf, mulutnya terasa busuk, nak cium pun geli!
Ketika aku melihat suami jiran-jiran aku, walaupun anak mereka berusia lima tahun dan ada juga yang anak mereka sudah menikah berusia 20 tahun, namun tetap kelihatan tampan lagi. Bukan seperti suami aku yang dah tak nampak menarik langsung sekarang. Aku malu nak keluar mana-mana dengan suami aku.
Bila nak ‘bersama’ dengan suami, aku harus membayangkan wajah suami jiran aku atau bayangkan artis yang hensem, aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri saja. Aku rasa geli setiap kali ‘bersama’ dengan suami.
PENGAJARAN BUAT PEMBACA BERGELAR SUAMI
Apa pendapat anda jika anda terlihat ada confessor dari isteri-isteri macam ni di laman sosial? Contoh nya jika ada isteri yang mengadu perkara sebegini di page KRT.. Pasti banyak suami yang perasan sado SENTAP kan.,? Jadi, sebagai PENGAJARAN, suami semua perlu lebih berhati-hati supaya tidak menceritakan keburukkan atau masalah rumah tangga anda di khalayak ramai. Susah kan nak cari isteri yang mengeluh dan mengadu ataupun menghina bentuk fizikal suami mereka..? Kalau si suami yang mengeluh tu banyak laa..
The post ISTERI Rasa MALANG, Nak Cium Suami Pun Rasa GELI. MENGEJUTKAN !! appeared first on BACA VIRAL.
0 comments:
Post a Comment