Marilyn Manson cedera ditimpa replika pistol

loading...

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT - Penyanyi lagu Sweet Dreams, Marilyn Manson atau nama sebenar Brian Hugh Warner, 48, terpaksa membatalkan sembilan persembahannya yang telah dijadualkan selepas cedera ditimpa replika pistol ketika membuat persembahannya Sabtu lalu, lapor Daily Mail. 

Marilyn dirakam terbaring di pengusung menahan kesakitan sebelum dimasukkan ke dalam ambulan selepas insiden itu ketika sedang menyanyikan lagu Sweet Dreams di Manhattan Center Hammerstein Ballroom. 

Insiden itu berlaku ketika dia cuba menaiki kerangka besi replika berkenaan yang kemudian hilang keseimbangan lalu menimpa dirinya. 

Juga kelihatan beberapa individu segera mendapatkan Marilyn dan mengambil masa beberapa minit untuk menyelamatkan penyanyi itu. 

Sementara itu, rakannya, Tyler Bates dalam kenyataannya semalam berkata, Marilyn akan kembali semula ke atas pentas dalam waktu terdekat.







"Konsert jelajah Marilyn Manson, 'Heaven Upside Down' terpaksa ditangguhkan seketika. Marilyn akan kembali ke atas pentas dalam waktu terdekat," katanya di Instagram. 

Difahamkan, Marilyn sedang giat mempromosikan album terbarunya berjudul 'Heaven Upside Down. 


Dalam kenyataan kepada The Guardian baru-baru ini, Marilyn mendedahkan kariernya merundum sejak tahun 1999 ketika insiden dua remaja menembak mati 13 mangsa dan mencederakan 24 mangsa sebelum membunuh mereka di Sekolah Menengah Columbine, Colorado.

Dua remaja berkenaan yang masing-masing berusia 18 tahun dilaporkan adalah peminat Marilyn. 

"Secara jujurnya, insiden di sekolah itu telah memusnahkan karier saya," katanya.  
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close