'Saya tahu dia laki Kak Zira, tapi saya jatuh hati dengan dia' - Gadis nekad hancurkan rumah tangga pasangan ini

loading...

Setiap wanita inginkan kebahagiaan dan sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina kekal selamanya. Tetapi, ada masanya perlu menerima hakikat penceraian dan jodoh hanya tertulis di situ walau berat bebanan yang ditanggung. 

Wanita ini telah bercerai Oktober tahun lalu dan dia kuat meneruskan kehidupan demi anaknya. Perkahwinan yang dibina, akhirnya musnah disebabkan orang ketiga. Apa yang mengejutkan melalui pendedahan wanita ini, bekas suaminya masih lagi berhutang mas kahwin dengannya dan pelbagai lagi jenis hutang yang disebutkan.

Melalui perkongsian di Facebook itu juga, wanita ini turut mendedahkan perbualan WhatsApp antara dia dan gadis yang dikaitkan dengan bekas suaminya.

ANIAYA ISTERI DAN ANAK

AGAK lama untuk sis perhati kes curang semakin menjadi-jadi lately ni. Curang tu seolah-olah perkara yang common dalam perkahwinan. Lafaz cerai tu umpama takde penyesalan langsung dalam hidup. Melepaskan isteri yang berkorban hidup untuk bersama, mengandung dan melahirkan zuriat, sanggup tinggalkan anak yang sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah demi mengejar cinta atau sekadar nafsu semata-mata pun entahlah. 

Ye betul, kami bercerai Oktober 2018. Hampir 7 bulan ditinggalkan dengan anak berdua sahaja di rumah. Sedangkan belum lagi bercerai ketika itu. Alasan 'KERJA' sangat diutamakan sampai sanggup biarkan isteri menguruskan anak seorang, pernah anak tersedak susu tengah malam. Bila call reject, WhatsApp terus block. Maka gigihlah sis drive tengah malam bawa anak ke hospital. 

Anak kena kuarantin seminggu sebab HFMD, langsung tak tanya khabar. Suami? Main game di Cyber Cafe atau sedang berdating. Dicanang ke semua orang yang isteri ini kuat melawan dan kurang ajar. 

Mana ada isteri yang dah tahu suami dia ada affair, masih boleh berdiam diri. Isteri adalah cerminan suami. Firasat isteri jangan dibuat main. Sekali dah terdetik tu maka betullah tu. Sedangkan kami kerja sekali tapi sanggup biarkan isteri pergi balik kerja naik Grab ambil anak sendiri sedangkan suami sanggup hantar perempuan itu balik ke rumah. Bila tanya, kami tiada apa-apa, kerja saja. Kerja kerja kerja. 

Yang perempuan pun menafikan. Tapi bila dah kantoi, menangis-nangis cakap "Selama ini takut nak beritahu sebab nanti Kak Zira marah". What do you expect? Nak sis tepuk tangan ke ha??! 

Yang suami pula bila kantoi, tiba-tiba tak nak cerai, nak poligami! Seriously? Nafkah anak bini pun terkontang-kanting, ada hati nak tambah lagi. Sila meninggal! Yes, I'm almost depression. Suami curang dalam keadaan tengah final exam dan uruskan anak sendiri. I stop cooking for business. Too much tears, too much emotionally tortured, too much anger. I'm suffered a lot.






Maka bermulalah episod sis menjadi king kong seking kongnya. Towards the end memang sis sendiri yang setuju untuk bercerai. Sebab? Sebab tak nak terus hidup dengan lelaki yang kaki perempuan. Tak nak terus makan hati, tak nak masa depan gelap disebabkan lelaki. 

Saat talak dilafazkan, no tears. I know its not the ending but beginning of a happy and better life. I thought people change, but not for this guy. 

Lepas cerai barulah nak tengok anak, spend time dengan anak. It's good but rupanya benda itu buat bila tengah gaduh dengan perempuan itu. Dah bosan baru teringat anak. Sakit anak tak nak ambil tahu, tapi tahu nak ambil anak bawa ke sana sini. Bila baru sekali tak bagi ambil anak disebabkan anak tak sihat, terus cakap sis tak bagi tengok anak. Ugut tak nak bagi nafkah anak. Come on, you know where your son staying but you choose to spend your time with fishing, main bowling, karaoke, tengok bola, pergi fun fair. Semua dengan perempuan itu. What is so special about her sampai sanggup lebihkan masa dengan dia compared to your son? 

Oh ye, tengah nak tunjuk yang serius nak kahwinlah kan, is it? Birthday anak tak wish, hadiah pun tak kasi, tahu-tahu cut lagi nafkah anak bulan ini. What kind of father you are? 

Fikir sendiri kenapa busy kerja macam mana pun, kerja masih ada problem sana sini. Gaji banyak macam mana pun masih tak cukup, berhutang sana sini sebab dulu aniaya isteri, tipu isteri cakap pergi kerja, hakikatnya kerja itu sampai ke mana saja, berhutang dengan isteri, berhutang MAS KAHWIN, sekarang aniaya nafkah anak pula. Don't you know doa orang teraniaya ini tiada hijab? 

Sampai saat bekas bapak mertua dikebumikan, bawa Fattah dinner, bersuka ria sampai Fattah tak sempat langsung jumpa atok dia yang paling rapat. What kind of human you are? Where is your empathy? Where is your mercy?

Isteri boleh tolerate semua hal, tapi bukan sebab perempuan. Curang adalah pilihan, bukan jodoh. Perempuan boleh jadi selembut-lembut yang kau nak, tapi dia juga boleh jadi sekeras-keras yang kau sendiri tak sangka. Kalau nak isteri layan sebagai raja, tanya diri sendiri adakah layanan sebagai puteri yang kau beri pada isteri? 

Zaman sekarang tak ada dah istilah kena cerai sebab tak pandai jaga suami. Dah sediakan makan minum pakai pun curang, berdikari cari duit sendiri pun curang, tak demand macam-macam pun curang, dah kerja sekali pun curang. 

Marriage is a gambling. Either you win or lose. Dah dapat restu parents, kenal dan couple bertahun, konon kenal kejap nak bercinta lepas kahwin, rapat dengan ipar duai, kerja dan financial stable semua tu bukan jaminan. Marriage is a beginning of the life, not the infinity of happiness. Selagi tak tinggal sebumbung, tak tidur sebantal, jangan claim dah kenal sangat perangai pasangan. Allah yang jaga hati kita, dia mampu untuk membolak-balikkan hati. Allah tak akan bagi ujian diluar kemampuan hambaNya.

Kepada FARAH, silalah ambil 'bekas' saya. Tahniah sebab telah buat seorang suami menceraikan isterinya dengan alasan 'tiada persefahaman'. Tahniah buat seorang ayah tergamak abaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak. 

Jika engkau mampu menjaga makan minum pakai dia lebih baik dari aku, good. Jika engkau mampu memberi zuriat lebih elok pada dia, good. Jika engkau mampu bersabar dengan egonya di kala dalam masalah, good. Jika engkau mampu uruskan anak sendiri, kerja, belajar, mencari duit lebih serentak dalam satu masa lebih dari apa yang aku buat selama hidup dengan dia, lagi bagus. I'm done with him. 

Tapi satu benda kau kena ingat, dia masih lagi berhutang MAS KAHWIN dengan bekas isterinya. Dia masih lagi berhutang duit simpanan Tabung Haji bekas isterinya. Dia masih lagi ada 'Hutang dalam Perkahwinan' dengan bekas isterinya. Dia masih lagi berhutang Mutaah dengan bekas isterinya.

Sebelum ingin membina kehidupan baru, pastikan hutang dengan bekas isteri selesai sepenuhnya. Dan Fattah adalah tanggungjawab dia. Silakan berkahwin, tapi pastikan nafkah Fattah berterusan sehingga dia berumur 18 tahun tanpa CULAS satu sen. Failed to do so, I will find him or you. I will do anything for Fattah.

Sampai sekarang masih terngiang-ngiang kata-kata hakim sewaktu perbicaraan. Kita berkahwin untuk merasa Sakinah, Mawaddah dan Warrahmah dalam perkahwinan. Tapi kalau semua itu dah tak ada, untuk apa diteruskan lagi. Jangan terus hidup dalam penderitaan. Semoga Berbahagia di atas penderitaan dan penganiayaan terhadap kaum sendiri.

Sumber: Ziera Ajiyaa
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close