'Selepas berbuka, baby masih tak bergerak' - Doktor sahkan bayinya meninggal di usia kandungan 38 minggu

loading...

Baru-baru ini, selebriti, Hanis Zalikha berkongsi mengenai pengalamannya berpuasa ketika hamil di mana bayi dalam kandungannya mengeras membuatkan pasangan itu bimbang dan suaminya, Hairul Azreen terus menyuruh dia berbuka puasa. 

"Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okey berpuasa. Tak lapar, tak dahaga. Tapi hari kedua tu, selepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diam saja. 

"Baby yang kali ini dahlah sangat responsive. Kalau kita letak tangan, dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang itu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia tak nak respon. OMG nervous! 

"Terus daddy suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain maknya) dan dan itu juga baby tendang kuat gila. Aigo. 

"Daddy dia pun kata 'Ala kesian, ngadu dekat Daddy ya?'.

"Pastu semalam doktor tanya berpuasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata 'Okey good. Some people are really sensitive. Bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan'.

"Jaga kiraan tendangan saja sekarang. Kita tahu time-time baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan itu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif bayi kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!" tulisnya di Instagram. 

Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi dari followersnya. Namun komen seorang netizen ini menarik perhatian ramai. 

"Pengalaman saya melahirkan baby yang sudah meninggal di usia kandungan 38 minggu di bulan ramadan. Lagi lima hari lagi nak menyambut hari raya. 

"Doktor nak induce saya pada hari Sabtu. hari Khamis baby dah tak bergerak dari pagi. Masa itu saya puasa. Selepas berbuka, baby masih tak bergerak. Terus pergi check di hospital. 

"Doktor sahkan baby sudah tiada. Sebab saya sendiri pun tak dengar bunyi degupan jantung baby. 

"Jam 1 pagi, masuk labour room. Jam 9 pagi Jumaat, bidadari syurga saya dilahirkan. Dapat peluk jasad yang sudah tidak bernyawa saja. Sedih sangat. 

"Bila baby dah dikeluarkan dan dibersihkan, baru saya nampak kulit baby macam merepuh (macam tersiat kulit macam kena air panas tu). Nurse kata mungkin baby saya meninggal dah satu hari dalam perut," katanya. 

Kepada golongan ibu hamil yang ingin berpuasa, dapatkanlah nasihat daripada doktor sebelum meneruskan niat anda. Jangan kerana keinginan anda, nyawa bayi dalam kandungan pula diabaikan. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close