"Sesuka hati dia je lantik 'mat rempit Tiktok' jadi ikon permotoran anak muda," demikian reaksi netizen berhubung perkongsian Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal yang tiba-tiba memberi gelaran ikon permotoran anak muda kepada seorang pengguna TikTok.
Rabu, 25 Mei 2022, Wan Ahmad Fayhsal menerima kunjungan dari Haqiem Stopa, 22, yang dikatakan terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda. Beliau juga meluahkan rasa kagum dengan semangat dan keikhlasan Haqiem yang mahu menggunakan popularitinya sebagai platform untuk menyatupadukan golongan belia.
"Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan saudara Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini.
"Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat," katanya.
Bagaimanapun, majoriti netizen memberi reaksi negatif terhadap kenyataannya itu dan tidak bersetuju 'budak TikTok' diangkat sebagai ikon anak muda.
"Sampah betul! Setakat rem-rem motor dalam TikTok, siapalah yang jadikan dia ni ikon permotoran, kurang cerdik betul," kata Norhayati Majid.
"Pandang sekilas guna mati hati ke tu YB? Cuba tengok betul-betul dulu YB, benda macam ni tak boleh buat main. Kadang nampak sama, tapi bukan dia.
"Agak-agaklah (bagi label) ikonnya pun. Takkan kaki lumba haram, kaki sembang acah orang lama, takkan budak-budak TikTok YB. Yang kat litar, berjasa untuk negara tu for what? Apa dapat? Atau ini semua main undi akan datang nanti? Tiba-tiba jadi ikon, adoi, di manakah YB tengok tu," kata Reff Lezow.
"Pelumba negara yang harumkan nama negara pun awak tak jadikan hero. Ini budak TikTok nak dijadikan idola?" kata Irham Raziqin.
Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal
0 comments:
Post a Comment