Long Tiger (Rohingya) dilepaskan tanpa dibebaskan dari pertuduhan peras ugut

loading...



Mahkamah Majistret Tangkak (Johor Bahru) semalam melepaskan Abdul Hamim Abd Hamid atau Long Tiger, 33, daripada pertuduhan peras ugut yang dihadapinya tahun lalu. 


Majistret Zaridah Abdul Jaapar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dari pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung kematian saksi utama pendakwaan, Luqman Haqwwm Otman, ketika pertengahan proses perbicaraan kes itu. 


"Pihak pembelaan belum menyelesaikan pemeriksaan terhadap saksi itu," kata peguam Long Tiger, Datuk Shaharudin Ali. 


Prosiding semalam dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin, manakala tertuduh diwakili oleh Shaharudin dan Azfar Azmi. 


Long Tiger merupakan penjenayah yang paling dikehendaki polis ekoran terbabit dalam beberapa kes jenayah seperti pemerasan, rogol serta mengurung dan mengugut bekas pekerjanya. 


Tertuduh terus menjadi perhatian umum selepas didakwa berjaya melarikan diri daripada tahanan lokap Mahkamah Majistret Tangkak ketika menghadapi perbicaraan kes pemerasan berkenaan, pada jam 11.55 pagi, 15 Disember 2021. 


Lelaki etnik Rohingya itu bagaimanapun berjaya ditahan semula di Sungai Petani, Kedah, pada 28 Disember 2021. Pada 20 Januari 2022, Mahkamah Majistret Tangkak menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara terhadap Long Tiger atas pertuduhan melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close