'Saya telah disihir' - Ustaz Kazim nafi berlakon, akui sakit akibat disihir

loading...



Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias semalam memuat naik keadaan tangannya yang menghidap penyakit kulit yang tidak diketahui puncanya, merayu meminta bantuan perubatan dari pihak yang berkenaan. 


"Siapa-siapa boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah," tulisnya. 


Ramai netizen yang tampil mendoakan agar Ustaz Kazim segera sembuh dan tidak kurang juga ada yang mahu membantu merawatnya dari jauh. 


Perkongsian itu turut menarik perhatian pelakon Aeril Zafrel yang memuat naik komen, "Shooting kan ni ustaz?" yang mengundang kemarahan netizen. 




Ustaz Kazim bagaimanapun menafikan apa yang berlaku pada dirinya itu bukanlah untuk meraih publisiti murahan, tetapi menegaskan dia sebenarnya telah menjadi mangsa sihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 


"Itulah keadaan diri saya. Saya bukan nak marketing, berlakon dan prank ke. Ini semua nyata bahawa saya telah disihir," katanya dalam sesi live di Facebooknya. 


Menurut Ustaz Kazim, dia telah berusaha mendapatkan rawatan dan tidak mendedahkan keadaan dirinya kepada umum selama lapan bulan. Namun, disebabkan keadaan dirinya yang semakin teruk, dia tidak dapat lagi menyembunyikan diri. 


"Inilah keadaan muka saya dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai. Bukan hanya di muka, tetapi di seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah. 


"Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sembunyikan. Saya juga tidak boleh tidur sejak berbulan yang lepas. Saya dah berusaha berubat banyak tempat, tetpai masih belum diberi keizinan olah Allah.


"Saya bimbang keadaan saya ini akan menghilangkan saya daripada dunia dakwah," katanya.


Justeru Ustaz Kazim berharap ada pihak yang tampil membantu merawatnya sama ada doktor ataupun daripada pakar perubatan alternatif. 


Sumber: Facebook Ustaz Kazim Elias

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close