Tambang bas sekolah akan dinaikan minggu depan sebab kos selanggara & alat ganti meningkat mendadak

loading...

Sekadar hiasan | Foto Says.com


Berita tidak baik untuk golongan ibu bapa, tambang bas sekolah dijangka akan dinaikan bermula minggu depan atau Julai. Pengumuman berita seperti ini sudah tentu akan merunsingkan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka. 


Menurut laporan, kenaikan itu berlaku disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dan alat ganti kenderaan antara 50 hingga 80 peratus. 


Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Mohd Haron Mohd. Sidik berkata, kenaikan itu terpaksa ditanggung lebih dari 6,000 pengusaha bas sekolah di tiga kawasan itu. 


Walau bagaimanapun, kenaikan itu masih belum diputuskan kerana perkara tersebut masih dalam perbincangan dalam kalangan ahli dan pengguna. 


Selain kenaikan tambang, persatuan itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran tambahan bagi penghantaran pelajar ke sekolah yang terlibat dengan kelas tuisyen, kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain di luar waktu rasmi sekolah. 


Jelas Mohd Haron, jumlah kenaikan tambang itu bergantung kepada keputusan yang dicapai dalam perbincangan itu kelak di antara pengusaha denggan pelanggan. 


"Pengusaha terpaksa mengkaji dan menaikan tambang kerana pihak kami sudah tiada pilihan untuk menampung kos penyelenggaraan bas. 


"Persatuan ada mengemukakan cadangan dan menghantar memorandum kepada kerajaan supaya menanggung separuh tambang bas sekolah dan separuh lagi ditanggung ibu bapa.


"Dengan cara ini, kita dapat mengawal kenaikan tambang bas sekolah dan dapat menghapuskan kegiatan kenderaan haram secara total," katanya. 


Sumber: Utusan Malaysia

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close