Isu mengenai air di Kelantan seakan tidak pernah reda. Pelbagai aduan telah dikemukakan oleh rakyat di negeri itu, namun masalah yang sama masih lagi berlaku.
Walaupun isu air yang membelenggu rakyat Kelantan kerap tular di media sosial, sepertinya isu ini hanya dipandang remeh oleh pihak kerajaan negeri.
Ketika rakyat di negeri lain sudah menikmati air yang bersih sejak bertahun lamanya, rakyat di Kelantan masih lagi berdepan dengan masalah air kotor.
Baru saja berlaku semalam, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan air di Kelantan kerana bekalan air tercemar dengan karat telah menyebabkan cuciannya terjejas.
"Segala binatang dalam hutan ditujukan kepada Air Kelantan Official. Pagi tadi molek-molek, bubuh segala cadar comforter dalam mesin. Tiba masa part last nak spin, air supo cisss. Habis rosak cadar dan comforter aku.
"Bayangkan anak demam asyik meragam dan muntah. Siap tukar cadar berdukung anak pulak. Bubuh cadar dalam mesin basuh dengan harapan cadar lebih bersih. Tengah dukung anak nak cuci botol, buka paip kat sink, airnya begini," katanya.
Difahamkan, pengadu telah membuat aduan mengenai kejadian itu dan pihak Air Kelantan Official mengambil maklum lalu menghantar sebuah lori air ke rumahnya.
Namun, dikatakan perkara tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana masalah tangki air.
“Masalah sekarang adalah tangki air dalam bumbung. Lori hanya boleh isi air kat tangki bawah. So sekarang sis kena beli tangki letak bawah, lepas tu buat piping ke tangki atas pulak? YB mana YB? Nak peruntukan tangki ni YB,” katanya.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan nasib yang dihadapi pengadu. Ada juga yang mengatakan mengalami nasib yang sama seperti pengadu dan telah menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk menyelesaikan isu air ini.
Menjengah ke ruangan komen juga, ada netizen menyatakan notis sudah dikeluarkan oleh pihak Air Kelantan Official mengenai makluman gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa jajahan di Kota Bharu.
Sumber: Azlin Ramli
0 comments:
Post a Comment