'Ibu hamil minta gugurkan kandungan sebab hamil benih lelaki lain, tertekan kerap dituduh mandul oleh suaminya'

loading...

Foto sekadar hiasan sahaja


Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran zuriat sendiri yang akan menyerikan lagi rumah tangga. 


Namun, bukan semua pasangan yang mendapat peluang seperti itu. Ada pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin, tetapi masih juga belum dikurniakan cahaya mata. 


Perkongsian seorang doktor di media sosial awal tahun ini mendedahkan, dia pernah didatangi seorang wanita hamil yang memintanya menggugurkan kandungan hasil dari hubungan haram bersama lelaki lain. 


"Saya pernah diminta untuk gugurkan kandungan. Seorang wanita berusia 32 tahun yang sudah lima tahun berkahwin tanpa zuriat, akhirnya mengandung. Tetapi dengan benih lelaki lain, tanpa suami mengetahuinya. 


"Ini kerana dia tertekan sebab dituduh mandul. Sedangkan si suami tak pernah jalani pemeriksaan," katanya. 



Bagaimanapun, dia menolak untuk membantu ibu hamil itu dan merujuknya kepada kaunselor bagi mencari jalan penyelesaian. 


Dalam pada itu, doktor berkenaan turut menasihatkan pasangan yang belum diberi rezeki anak tidak membiarkan pasangan masing-masing tertekan sehingga bertindak di luar batasan. 


"Maaf, tiada sebab untuk digugurkan. Mereka dirujuk kepada kaunselor untuk cari jalan penyelesaian.


"Pendomannya, di saat janji cinta terlafaz untuk ikatan bersama. Teruslah bersama suka dan duka. Jangan biarkan pasangan dirundum tekanan hingga bertindak luar batasan," katanya. 



Sementara itu, netizen mengesyaki wanita itu sebenarnya curang dan sanggup menggunakan alasan tertekan dituduh mandul bagi melindungi kesalahannya. 


"Daripada curang macam ni, baik angkat kaki blah je. Aduhai si isteri pun, nak tunjuk sangat yang dia tak mandul sanggup curang. Tahu stress tapi tak fikir panjang. Si lelaki pun tak bagi kerjasama. Tak ada komunikasi dua hala susah ye," kata Farra. 


Namun, ada netizen mengakui, stigma orang terhadap wanita mandul sememangnya boleh menjejaskan emosi yang membawa kepada tekanan. 


"Pernah sekali makcik cleaner dok borak-borak, tanya anak berapa orang. Saya beritahu belum ada rezeki lagi. Terus makcik itu tanya, mandul ke? Wajah saya ketika itu, berubah 360 darjah. Bila orang luar cakap macam tu pun sakit hati,"kata Fafa. 


Tidak kurang juga, ada yang menyarankan golongan suami usahlah terlalu ego untuk buat pemeriksaan sama ada mandul atau sebaliknya. 

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close