Seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandu kenalannya, wanita berusia 23 tahun, terbabas lalu melanggar tiang batu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.50 pagi di Jalan Pudu dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.50 pagi.
Siasatan awal mendapati, pemandu Axia hilang kawalan lalu melanggar tiang batu di kiri jalan sebelum terbabas.
Akibat dari kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, manakala penumpang lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.
Video di tempat kejadian itu juga tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memarahi petugas ambulans kerana lambat tiba di lokasi sehingga menyebabkan kematian mangsa.
"Itulah, tengok kita panggil (ambulans) sudah berapa lama, kita tunggu (ambulans sampai) nak dekat satu jam lebih. Jangan kira bangsa ke kaum apa, ini manusia. Sekarang senang cerita, (mangsa) sudah meninggal," katanya yang turut mendapat sorakan daripada orang awam.
Namun, petugas ambulans langsung tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu.
Video kejadian boleh tonton di sini, part one dan part two.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang didakwa cuba menjadi hero dan membangkitkan isu perkauman.
"Memekak je. Operator 999 bukan tanya bangsa apa pun bila kita call beritahu ada kemalangan. Mungkin masa tu banyak kes kecemasan yang memerlukan ambulans serentak dan mungkin disebabkan itu mereka lambat,"kata Nik Mohd Yazid.
"Nak jadi hero kan, kenalah menjerit-jerit tunjuk dia hebat,"kata Sue Haida.
"Terima kasih kepada petugas ambulans berkenaan yang steady je. Memang profesional dan sudah memberikan bantuan yang terbaik. Kepada brader yang memekak tu, kau tak payah nak main isu perkauman. Dah 2022 pun, salah kau juga apa pasal tak pergi kursus latihan pertolongan cemas. Benda bukan kena bayar pun, at least boleh bagi rawatan awal sementara menunggu ketibaan ambulans!" kata Babang Kachong.
"Bro, accident 5.50 pagi, tunggu 2 jam dah 7.50 pagi. Tapi kenapa suasana nampak gelap bro? Agak-agaklah. Kalau dah meninggal, medik kena tunggu polis untuk sahkan, faham tak? Jangan terlalu ikut emosi. Kenapa nak main isu bangsa dan agama?" kata Alex Raj.
"Tiber main isu bangsa, orang tu cuma jalankan tugas je. Bagus abang frontliner tak melenting. Takziah kepada keluarga mangsa,"kata Sofeeya Maisarra.
Sumber: Majoriti, Utusan, FB Adinda Qilla
0 comments:
Post a Comment