Remaja 19 tahun diumpan makan sate, sebelum dirogol 3 lelaki secara bergilir-gilir

loading...



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga remaja di sebuah rumah di Damansara Damai, Jumaat lalu. 


Lapor Harian Metro, mangsa terdahulu diajak oleh suspek untuk keluar makan sate dan meminta dia datang ke rumahnya pada jam 1 pagi. 


"Suspek memberi alasan ingin pergi bersama-sama menyebabkan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus pergi ke rumahnya. 


"Bagaimanapun ketika tiba di rumah, suspek meminta mangsa masuk ke dalam terlebih dahulu," katanya. 


Tidak beberapa lama kemudian, suspek menyuruh mangsa masuk ke dalam bilik kononnya takut dimarahi rakan serumah jika melihat ada kehadiran wanita. 


Sebaik saja masuk ke dalam bilik, mangsa terus diserang secara seksual sebelum dirogol oleh suspek. Tidak cukup dengan itu, dua lagi lelaki lain datang dan turut merogol mangsa. 


Mangsa dikatakan cuba merayu agar mereka melepaskannya, tetapi rayuannya itu tidak diendahkan dan dia juga nyaris dipukul menggunakan topi keledar. 


"Mangsa yang ketakutan kemudian menghubungi rakannya untuk meminta pertolongan selepas suspek keluar dari rumah itu. 


"Remaja terbabit hanya dilepaskan sekitar jam 5 pagi sebelum diselamatkan rakan dan bapanya, sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara," katanya. 


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Pihaknya telah menahan tiga suspek terbabit untuk membantu siasatan.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close