'Saya dah beritahu tak sengaja & akan gantikan, tup-tup dia viralkan & kata saya sengaja' - Peniaga

loading...



Susulan tular dakwaan pengadu mengenai antena kenderaannya dipatahkan, peniaga nasi kukus berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku. 


Menurut Izzul Islam, apa yang berlaku sebenarnya adalah tidak disengajakan. Malah, kes di mana dia meletakkan notis pada kereta dan menggelar bapa pengadu sebagai pengecut juga telah lama selesai. 


Baca: 'Kau patahkan antena kereta aku, pastu sedap cakap 'sape suruh park sini'? Otak kau lah!' - Peniaga nasi kukus dituduh khianat kenderaan penduduk flat


"Kes saya letak notis pada kereta dia dan cakap pengecut itu adalah kes lama dan telah selesai. Saya sendiri pergi memohon maaf kepada bapanya. 


"Mengenai kejadian baru-baru ini, saya tak marah pun dia meletakkan kenderannya di situ. Cuma berilah sedikit ruang untuk saya berniaga dan menurunkan barang niaga. 


"Tetapi dia masih meletakkan kenderaannya betul-betul depan tempat saya berniaga semalam. Sedangkan dia boleh saja letak kenderaan dan beri jarak satu meter dengan kedai saya. Tetapi dia masih berkeras. 


"Bila saya buka khemah semalam, secara tidak sengaja tersangkut pada antena keretanya menyebabkan antena itu bengkok, bukannya patah terus seperti yang didakwa. 


"Soal antena itu saya dah beritahu dia yang saya boleh gantikan dan tidak perlu sampai nak buat laporan polis serta viralkan di media sosial. Tup tup dia viralkan juga dan kata saya sengaja," katanya. 


Mengenai dakwaan berniaga tanpa lesen, Izzul tidak menafikan dan menjelaskan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak memberi lesen untuk berniaga. 


"Ya, di situ memang tak ada lesen. MBSA takkan bagi lesen, just saman setiap bulan. Dulu Nasi Lemak Anak Dara dapat lesen, tetapi sekarang tak tahulah. Memang tak bagi dah lesen agaknya. 


"Berniaga di situ tak salah pun, tetapi bila jadi kes macam ni, jadi salahlah. Saya cari makan untuk anak bini, tiap-tiap bulan MBSA datang beri saman, kira bawa sewalah. Tetapi orang itu pun (pengadu) salah juga sebab itu bukan tempat untuk meletak kenderaan. 


"Polis pernah tegur kes sebelum ini dan katanya kalau ikutkan kedua-dua pihak salah. Namun atas budi bicara masing-masing. Polis sendiri faham orang nak meniaga susah cari rezeki," ujarnya.

 

Peniaga itu turut kesal dengan tindakan netizen yang membuat panggilan gangguan dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp semata-mata mahu memburuk-burukkannya.


Izzul berharap pertemuannya dengan pengadu hari ini akan dapat menemui jalan penyelesaian, sekali gus menjernihkan keadaan.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close