Wanita tegur Ain Husniza jangan upload gambar mengundang, tetapi reaksi bapanya membuatkan netizen terkejut

loading...



Remaja perempuan, Ain Husniza, 19, yang pernah membuat pendedahan mengenai guru sekolahnya membuat gurauan lucah semasa sesi pembelajaran, baru-baru ini kembali menjadi bahan perbualan hangat di media sosial. 


5 Januari lalu, Ain memuat naik gambar swafoto dirinya di Twitter dan tidak menyangka gambar itu mengundang pelbagai reaksi pengguna platform tersebut di mana dia dikritik hebat oleh netizen. 


Antaranya teguran dari Shamine Hanis yang menasihatkan Ain untuk tidak memuat naik sebarang posting yang boleh mengundang reaksi negatif. 




"Make school a safer place betul dah dik. Tapi lepas tu jangan postlah bust muka macam tu. You yourself are inviting people to write bad things about you and you nak melenting about it. 

"I don't agree with people sexually harrasing you, but your pics itself," katanya. 


Teguran Shamine itu kemudian dibalas oleh bapa Ain, iaitu Saiful Nizam yang berkata, "Inviting, post senyum macam ni. Suppose kena (pakai) purdah, don't show your face, your sweet smile. I know how men fantasize and all," katanya. 




Ramai netizen yang meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan Saiful Nizam. Sedangkan teguran Shamine itu tidak keterlaluan dan wajar diterima dengan hati terbuka. 


Sedar ciapan itu mengundang reaksi negatif, Ain memohon maaf kepada Shamine dan telah meminta bapanya memadamkan ciapan tersebut. 



Sumber: Twitter Cikgu Mario

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close