Gara-gara mempersenda penampilan isteri Jada Pinkett Smith di Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, selebriti Chris Rock dilempang oleh Will Smith.
Kejadian itu berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia).
Will dikatakan berang apabila Chris mempersendakan isterinya, Jada yang kini berpenampilan botak. Tindakan Will itu mengejutkan orang ramai. Selepas melempang Chris, Will kembali ke tempat duduknya dan sempat melemparkan kata-kata yang kurang sopan.
Chris sebelum itu ditugaskan untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Dokumentari Terbaik. Dia yang sangat sinonim dengan sikap humour membuat gurauan mengenai Will dan Jada.
Chris berkata, Jada yang kini botak berikutan masalah kesihatan lebih sesuai membintangi filem G.I Jane. Berang isterinya dihina dikhalayak ramai, Will melempang muka Chris.
Siaran dihentikan seketika dan kelihatan beberapa individu termasuk Denzel Washington mengajak Will Smith berbincang secara tertutup.
Sumber: Astro Awani
0 comments:
Post a Comment