'Singapura maju kerana tiada pembangkang seperti PAS' - Ketua Pemuda UMNO Kelantan selar Naib Presiden PAS

loading...



Semalam, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, Singapura maju kerana tiada UMNO-BN, mengundang rasa kurang senang para pemimpin parti itu. Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, tampil menyelar kenyataan Mohd Amar. 


Menurut Noor Hariri, kenyataan yang dibuat oleh Mohd Amar ketika berkempen di PRN Johor jelas sekali menunjukkan Naib Presiden PAS itu bukan sahaja tidak berasas, malah kurang cerdik. 


"Bagi saya kenyataan itu tidak berasas, hanyalah modal retorik ceramah Mohd Amar untuk meraih undi sempena PRN Johor ini. Nampak sangat dia terdesak dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO kerana dia tahu populariti Perikatan Nasional (PN) sudah merosot di mata rakyat. 


"Kenyataan dia itu perlu dibuat pembetulan. Singapura sebenarnya maju kerana tiada pembangkang seperti PAS," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini, Khamis. 


Jelasnya lagi, PAS tidak mempunyai hujah dan pandangan yang jelas mengenai hala tuju sesebuah negara dan sentiasa bersepakat dengan parti-parti berlainan ideologi dan fahaman seperti DAP. Kewujudan pakatan pembangkang hanya bermotif untuk menjatuhkan UMNO-BN tanpa ada tawaran yang baik untuk rakyat. 


Lebih jelas lagi, Perikatan Nasional (PN) sehingga ke hari ini tidak mengumumkan calon menteri besar mereka, sekali gus menunjukkan penyertaan PN dalam PRN Johor bukan untuk memberi khidmat kepada rakyat, tetapi hanya sekadar menjadi pengacau dalam pertembungan di antara BN melawan Pakatan Harapan.


Sumber: MalaysiaKini

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close