Pengawal keselamatan disyaki cuba perkosa penyelia kedai buku sebelum dibunuh & dibakar sehingga rentung di sekolah

loading...



Mayat seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitinya ditemui rentung dalam sebuah bengkel pertanian kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Sabtu lalu. 


Bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran di bengkel berkenaan lalu segera bertindak memadamkan api kebakaran sebelum menemui mayat mangsa yang sudah rentung. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat itu adalah mayat penyelia kedai buku di sekolah tersebut. 


Mayat mangsa berusia 25 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia( PPUKM) untuk dibedah siasat. 


Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 30-an di dalam kawasan sekolah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Polis percaya suspek cuba memperkosa mangsa sebelum dibunuh dan dibakar dalam bilik itu. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.


Sementara itu menurut majikan wanita itu berkata mangsa sepatutnya bertemu dengan seorang pelanggan sebelum kejadian itu. Mangsa bagaimanapun tidak muncul menyebabkan pelanggan berkenaan menghubunginya. 


Dia cuba menghubungi mangsa beberapa kali tetapi panggilannya tidak dijawab dan menyangka mangsa sedang memandu kereta. 


"Selepas agak lama tidak dapat dihubungi, saya meminta anak pergi ke sekolah berkenaan untuk memeriksa sama ada mangsa berada di sekolah. 


"Ketika tiba di sekolah, pintu utama sekolah ditutup. Tiada pengawal keselamatan di sana, namun saya meminta anak untuk memanjat pagar sekolah selepas memaklumkannya kepada pengetua sekolah. 


"Anak saya kemudian ternampak kereta mangsa diletakkan di perkarangan sekolah dan juga ternampak kepulan asap keluar dari salah satu bilik di bangunan sekolah itu menyebabkan dia terus menghubungi saya. 


"Saya segera menghubungi bomba sebelum bergegas ke lokasi. Bomba dan polis sudah berada di sana dan memaklumkan terjumpat mayat dalam bilik itu," katanya. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close