‘Tunjuk tangan mengeletar masa nak salam suami sambil badan meliuk-lintuk, tak sweet pun begitu’ Ustazah tegur pasangan pengantin jatuhkan maruah diri

loading...

Foto sekadar hiasan | Jash Moment Pictures


Pernah tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan pasangan pengantin tersipu-sipu malu ketika pertama kali bersentuhan selepas diijabkabul, yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Ada yang memuji dan menyifatkan pengantin berkenaan sangat menjaga batasan pergaulannya semasa bujang menjadi sebab mengapa mereka segan bersentuhan dengan pasangan sendiri. 


Bagaimanapun, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh berpendapat, trend tersebut tidak wajar dilakukan dan dipertontonkan kepada umum. Ini kerana wanita muslimah sebenar yang bersikap pemalu tidak akan membiarkan diri mereka menjadi bahan usikan orang ramai. 


"Saya rasa macam semakin trending pula video pengantin malu-malu untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian ditularkan dengan kapsyen yang menunjukkan 'betapa muslimah' dan 'betapa sucinya' pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. 


"Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang. Ada yang menggeletar sewaktu mahu bersalam dengan suami sambil tergelak-gelak meliuk-lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. 


"Mula-mula tunjuk menggeletar, selepas itu main tarik-tarik tangan, cuit sentuh sikit, tarik tangan macam kena renjatan elektrik, selepas itu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik, cuit tarik. 


"Sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah. Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama," katanya. 


Bagi Sharifah, sesi menyarung cincin selepas akad nikah sepatutnya selesai dalam masa singkat, tetapi sebaliknya yang berlaku disebabkan tetamu mengusik pasangan pengantin sehingga menyebabkan mereka berada dalam situasi memalukan. 


Dalam pada itu, Sharifah turut berkongsi pesanan daripada seorang guru yang ditemuinya ketika menyambung pengajian di Syria suatu ketika dulu. 


"Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan, real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know and poeple respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam. 


"Pesanan terakhir beliau, if you really feel shy, you won't giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (menggedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes," katanya. 


Justeru, Sharifah berpesan kepada golongan ibu bapa menasihati anak perempuan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga agar tidak menggores maruah diri mereka secara terbuka dan akhirnya membuatkan diri dan keluarga berasa malu. 


"Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang melihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu. 


"Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak-gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukannya menjadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling," katanya. 


Sumber: Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh, mStar Online

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close