Penonton bengang filem The Batman terpaksa 'restart' walaupun dah 45 minit ditayangkan gara-gara ada penonton lain datang lewat

loading...


Hasrat menonton filem The Batman di Tanjung Golden Village (TGV) di Vivacity Megamall Kuching, Sarawak, tergendala disebabkan pihak TGV menghentikan tayangan filem itu secara tiba-tiba.


Dalam perkongsian seorang pengguna menerusi Facebooknya berkata, filem itu mula ditayangkan pada jam 7.15 malam dan selepas 45 minit kemudian, filem itu dihentikan sebelum seorang kakitangan TGV masuk dan membuat pengumuman. 


"Kami akan mainkan semula tayangan filem dari awal. Maaf di atas kesulitan yang berlaku". 


Apabila ditanya sebabnya, kakitangan itu memaklumkan ada pelanggan yang baru sampai. 


"What? Seriously? Tahu tak saya dah bersusah payah buat perancangan hanya untuk memastikan saya dapat menonton filem ini? 


"Orang beli tiket berdasarkan masa yang dijadualkan mengikut kesesuaian mereka. Tetapi orang lain datang lambat, itu adalah masalah mereka. Tak kira siapa mereka sekali pun. 


"Jangan pula TGV kata ini adalah prosedur normal. Orang lain pun bayar tiket masing-masing. Filem ini berdurasi 175 minit. Sekarang, saya terpaksa habiskan 45 minit tambahan hanya kerana sekumpulan pelanggan lain datang lambat?" ujarnya. 


Menurut pengadu, pengurus TGV cawangan berkenaan ada menawarkan bayaran balik. Tetapi pengadu menjelaskan, ini bukan soal wang, tetapi keadilan. Tindakan pengurus berkenaan seolah-olah melihat pelanggan seperti dia dan yang lain kurang penting berbanding pelanggan yang datang lewat mengikut masa tayangan yang telah ditetapkan. 


Justeru, pengadu menuntut pihak TGV menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) agar insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi. 



Sumber: Facebook Pengadu

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close