Doktor keluarkan gelas kaca dari lubang dubur pesakit dan sehingga enggan beritahu bagaimana ia boleh berada di situ

loading...

CHINA - Baru-baru ini, pakar bedah di Guangzhou mengeluarkan gelas kaca dari dubur seorang lelaki yang sudah berkahwin, namun enggan memberitahu bagaimana gelas kaca itu boleh masuk ke lubang tersebut. 

Difahamkan, objek itu telah berada di lubang duburnya selama dua hari sebelum lelaki itu tidak dapat lagi menahan kesakitan dan dikejarkan ke hospital pada jam 2 pagi, menjerit meminta bantuan dari doktor. 

Doktor segera membuat imbasan x-ray dan mendapati ada satu objek di duburnya. Secara terperinci, objek itu merupakan gelas kaca tinggi 8 sentimeter dan berdiameter 7 sentimeter tersangkut di lubang duburnya. Keadaan itu boleh menyebabkan lelaki terbabit maut sekiranya tidak dikeluarkan dengan segera dan berhati-hati. 


Lapor media tempatan, doktor pada mulanya cuba mengeluarkan objek itu seperti mana ia masuk ke dalam lubang tersebut. Dengan menggunakan dadah untuk menenangkan lubang dubur pesakit, mereka berjaya menjejak objek tersebut. Malangnya terlalu licin untuk dikeluarkan. 

Bimbang jika objek itu pecah sekiranya dilakukan secara paksaan, doktor mengambil keputusan untuk membedah lelaki itu dan mengeluarkan objek itu dari perutnya. 

Setelah berjaya dikeluarkan, lelaki itu terpaksa ditahan wad untuk rawatan susulan. Namun sehingga kini masih belum diberitahu kepada doktor bagaimana objek itu boleh berada di dalam lubung duburnya. 

Difahamkan lelaki berkenaan berusia lingkungan 30-an dan mempunyai anak. 



Awal tahun ini, seorang lelaki dari Guangzhou juga dikejarkan ke hospital selepas memasukkan belut ke dalam lubang duburnya dengan harapan dalam menyelesaikan masalah sembelit yang dialami. 

Bagaimanapun petua itu hampir membuatkan lelaki itu hilang nyawa apabila belut itu mula menganggu organ dalamannya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close