'Buat malu orang Kulim je' - Mekanik dicekup khalwat dengan janda anak satu di Taman Jelutong

loading...



Anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) mencekup sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat di rumah ibu tunggal berkenaan di Taman Jelutong, hari ini, lapor Harian Metro.


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat mengenai kegiatan pasangan itu daripada orang awam. Bertindak di atas aduan itu, sepasukan anggota PADK telah melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas rumah tersebut. 


Selepas mengetuk pintu, seorang lelaki membuka pintu rumah dan membenarkan anggota penguat kuasa PADK membuat pemeriksaan yang kemudian menemui ibu tunggal terbabit yang berusia 49 tahun. 


Ketika diminta menunjukkan dokumen bukti menunjukkan mereka mempunyai hubungan mahram, mereka gagal berbuat demikian. 


Pemeriksaan selanjutnya turut menemui seorang remaja perempuan yang merupakan anak kepada kepada wanita terbabit, dalam bilik berasingan. 


Lelaki berusia 27 tahun itu bekerja sebagai mekanik memberi alasan yang dia terpaksa bermalam di rumah janda berkenaan untuk memudahkannya berulang alik ke tempat kerja, selain memaklumkan mereka akan berkahwin pada 18 Mac ini. 


Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut.


Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close