'Dia takut kantoi buat kali kedua' - Nurul Shuhada akui ada bukti Hafidz & Athira cuti bersama di PD?

loading...



Dalam temubual bersama Melodi semalam, Nurul Shuhada Mat Shukri mengakui 10 jahitan kecederaannya yang berpunca dari tumbukan Hafidz Roshdi itu jauh lebih sakit dari jahitan selepas melahirkan anak. 


Dan baru-baru ini ada pengikut Nurul Shuhada bertanya mengenai gambar yang pernah dimuat naik oleh orang ketiga, Athira Yuhada, yang menunjukkan kakinya bersama seseorang di tepi pantai. 



Tanpa berselindung, Nurul Shuhada mengesahkan gambar kaki itu adalah gambar Athira dan Hafidz semasa bercuti di Port Dickson. 


Followers: Gambar kaki yang  tepi pantai tu kaki depa berdua kan? Agaknya ke manalah depa cuti-cuti honeymoon dec haritu. 


Nurul Shuhada: PD (Port Dickson), TSR Seafront hotel. Hehe. Boleh la check booking under si sana. 




"Kalau nak sembang pasal dosa mereka dengan Allah, berzina, bermaksiat, menipu, mempersendakan agama dengan mandi wajib bersamalah dan sebagainya, itu semuanya I have the proof. Tapi itu dosa mereka dengan Allah, biarlah Allah hukum mereka seburuknya.


"Tapi dosa mereka dengan saya dan anak-anak, carilah kami di padang  mahsyar kelak. Kami takkan pernah memaafkannya. Ianya terlalu sakit, hanya Allah lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu perkara," katanya. 


Menjawab mengenai persoalan mengapa Nurul Shuhada dipukul, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan Hafidz takut perbuatan curangnya terbongkar buat kali kedua. 


"Sebab dia takut. Dia rasa dialah paling hebat merancang dan berahsia. Dia lupa ada yang Maha Hebat dekat atas sana. Dia takut bila dia kantoi for the second time and dia takut tiba-tiba viral yang even si sana dah berjanji never contact segala mak nenek. 


"Tetapi itu hanyalah hidup dalam penipuan. Itu yang sebenarnya. Tak ada isu provokasi dan hanya kerana takut dengan bayang-bayang dan kesalahan sendiri," jelasnya. 




Sementara itu, netizen menggesa mana-mana pihak produksi dan stesen televisyen memboikot pelakon lelaki itu kerana terbabit dalam kes keganasan rumah tangga. 


Hafidz semalam telah ditahan polis dan dibebaskan semula dengan jaminan setelah keterangannya diambil. Polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pelakon itu melakukan apa-apa termasuk mendekati Nurul Shuhada untuk tempoh tertentu. 


Sumber: Instagram Nurul Shuhada

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close