Tahun ke tahun, harga sate mula meningkat disebabkan oleh kos bahan mentah yang semakin tinggi. Jika dulu sate dijual dengan harga sekitar RM0.20 hingga RM0.50 sahaja kini sudah mencecah sehingga RM1.50 secucuk.
Namun begitu, lelaki ini mendedahkan ada peniaga sekitar Kuala Lumpur yang meletakkan harga tidak masuk akal. Dia juga berkongsikan resit yang ditulis pada bulan Mac 2024. Mungkin hanya kesilapan tahun yang dicetak, tetapi bagi netizen harga sedemikian sangat tidak munasabah.
“My sister buys a sate, cuma nak tanya netizen lah murah ke mahal, ke standard?” soal lelaki ini.
Berdasarkan resit tersebut, harga yang dikenakan ke atas satu cucuk sate ayam adalah RM 2.90, manakala harga bagi secucuk sate daging adalah RM3.90.
My sister buy a satey, cuma nak tanya netizen lah, murah ke mahal?? Ke standard ??? pic.twitter.com/efADZjCKZf
— ABANG KIAH (@adiehussin94) March 13, 2023
Rata-rata netizen menyatakan harga tersebut adalah mahal berbanding tempat lain dan mencadangkan beberapa tempat yang menjual harga sate dengan harga yang berpatutan. Tidak kurang juga ada yang menyatakan sate yang dibeli oleh kakak lelaki ini mungkin dibuat dengan bahan premium.
"Bagi saya mahal. Harga biasa, sate ayam boleh dapatt bawah RM1.50 secucuk. Sate kat RnR Dengkil sedap, isi banyak dan murah. Pernah order dalam 30 cucuk sate, harga baru dalam RM40+," kata Raes.
"Mahalnya. Sedap tak kuah kacang sate dia? Kalau tak sedap, memang kacau mood sebab mahal satu hal. Kalau kat Kedah, 80 sen masih boleh dapat satu cucuk tu," kata Amirin.
"Sate memanglah gemuk-gemuk tapi tak adalah sampai macam tu harganya. Paling mahal pun daging RM2.50 tu yang gemuk-gemuk juga," kata Rose.
Apa pun, semua berhak menyatakan pandangan masing-masing. Yang penting, bukanlah menjatuhkan perniagaan orang lain. Sebagai pengguna, kita juga berhak membuat pilihan. Sekiranya sate dijual di premis itu mahal, carilah kedai yang lain, yang bersesuaian dengan kemampuan kita.
Sumber: Twitter Adiehussin94
0 comments:
Post a Comment