Pesara maut dilanggar pemandu mabuk yang tak puas hati ditegur buat bising

loading...



Seorang pesar maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian awal pagi kelmarin di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga. 


Mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 petang semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, akibat pendarahan dalaman, selain kecederaan pada badan dan kaki. 


Menurut anak mangsa, bapanya sebelum itu ada menegur dua lelaki minum arak di dalam sebuah kenderaan yang diparkirkan di belakang sebuh restoran di Plaza Padan Malim. 


"Kira-kira jam 2.40 pagi, saya dan ayah terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik membingitkan dari kawasan parkir itu. Ayah kemudian pergi menegur mereka dengan baik sebelum kedua-dua lelaki itu beredar meninggalkan kawasan terbabit," katanya. 


Namun kira-kira 10 minit kemudian, mereka kembali semula dengan memasang bunyi muzik yang lebih kuat sebelum beredar. 


"Baru saja hendak baring, mereka sekali lagi datang membuat bising beberapa minit selepas itu membuatkan saya dan ayah keluar untuk meminta mereka beredar. 


"Secara tiba-tiba kereta itu cuba merempuh saya dan saya smepat mengelak dan berlari ke belakang sebuah restorna 24 jam di bangunan plaza berkenaan. 


"Saya kemudian melihat kereta itu berpusing dan menuju ke arah bapa yang tidak sempat mengelak dan hanya mampu berpaut di atas bonet hadapan dan terseret sejuah 20 meter ke arah belakang kedai," katanya. 




Mangsa dilaporkan terjatuh dan mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terhantuk pada tebing batu longkang. Kedua-dua suspek terus memecut melarikan diri dari lokasi kejadian. 


Anak mangsa segera menghubungi ambulans untuk membawa bapanya ke Hospital Melaka. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioenr Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah berjaya menahan seorang suspek berusia 28 tahun untuk direman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Seorang lagi suspek berusia 27 tahun juga sedang giat diburu polis. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close