loading...
Pemeriksaan di sebuah rumah sewa yang didiami oleh seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun pada 11 Mac lalu menemui puluhan rangka kucing yang dipercayai dibunuh dan dikumpul oleh suspek sebagai hobi.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, perkara itu terbongkar selepas penduduk kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, yang sudah tidak tahan membuat aduan mengenai bau busuk yang datang dari kediaman tersebut.
Pemilik rumah kemudian dihubungi dan melakukan pemeriksaan mengejut yang menemukan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing. Selain itu, turut ditemui anggota badan haiwan yang dikerat dan dagingnya dikisar lumat.
Keadaan dalaman rumah sewa itu juga agak teruk dan mengerikan serta darah haiwan turut ditemui.
Salah satu bilik di rumah itu dipenuh dengan bangkai haiwan yang disyaki kucing, yang telah lama mereput.
Susulan penemuan mengejut itu, pemilik rumah telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 13 Mac lalu.
Sumber: Harian Metro, FB Persatuan Haiwan Malaysia
0 comments:
Post a Comment