Kejam! Bapa perkosa anak tiri sehingga hamil, bayi baru dilahir dipukul sehingga mati kerana bimbang aib terbongkar

loading...



Seorang lelaki berusia 45 tahun di Kabupaten Bekasi, Indonesia, tergamak memperkosa anak tirinya sehingga hamil. Suspek didakwa telah memperkosa mangsa berkali-kali dalam tempoh setahun sehingga hamil dan melahirkan anak. 


"Dalam keterangan awalnya, suspek mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak 10 kali dalam tempoh satu tahun ini," kata Ketua Polis Bekasi, Twedi Aditya Beenyahdi. 


Siasatan polis mendapati, suspek melakukan perbuatan itu tanpa diketahui oleh isternya. Wanita berkenaan hanya mengetahui perkarai tu selepas anaknya yang berusia 18 tahun tersebut melahirkan bayi hasil dari persetubuhan haram itu. 


"Ini kerana keadaan fizikal anaknya tidak ketara seperti wanita hamil, Mangsa pula gemar memakai pakaian longgar," katanya. 


Suspek mengaku setiap kali dia mengambil kesempatan terhadap anak tirinya itu, dia berjanji akan membelikan sebuah telefon bimbit untuk mangsa. Tetapi janji tersebut tidak dikotakan dan mangsa tidak pernah  dibelikan telefon bimbit.


Pada 25 Mac lalu, mangsa melahirkan bayinya di dalam bilik mandi rumah sewa suspek. Sebaik saja terdengar tangisan bayi itu, suspek yang panik terus datang dan segera menekup mulut bayi berkenaan dengan kain kerana bimbang aibnya terbongkar.  


Tidak cukup dengan itu, suspek turut meninju muka bayi baru lahir itu sehingga berhenti menangis sebelum diletak dalam baldi, ditutup dengan kain lalu kepalanya dipukul berkali-kali tanpa sebarang rasa belas kasihan. 


Setelah itu, suspek membawa mangsa dan bayinya pergi ke klijnik untuk mendapatkan rawatan. Pihak klinik mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia dan suspek segera menguruskan pengebumiannya.. 


Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar selepas jiran yang mengetahui kejadian itu tampil membuat laporan polis


Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan/atau denda Rp200,000,000.00 (RM58,000) jika sabit kesalahan.


Sumber: Detik

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close