Mata budak 9 tahun terkena asid angkara jiran bersihkan saluran paip tersumbat menggunakan cecair asid

loading...



Malang tak berbau. Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan matanya dimasuki cecair asid yang bocor dari paip penghuni di tingkat atas. 


Menurut bapa saudara mangsa, Reza Samat, yang berkongsi megnenai kejadian itu di Twitter berkata, kejadian itu berlaku di kediaman adiknya, di Kepong. 


"Apartment adik saya di Kepong. Orang di tingkat atas simbah asid dalam paip. Tiba-tiba paip mengembang dan bocor, menghasilkan bau belerang yang sangat kuat. 


"Kebetulan ketika itu, anaknya berusia enam tahun sedang mandi dan tiba-tiba menjerit ada 'asid' memasuki matanya," katanya. 



Menurut Reza, anak buahnya tidak mengalami kecederaan teruk, namun dia sedang dipantau oleh doktor. 


"(Selepas kena) terus bawa mangsa pergi ke Jabatan Kecemasan. Dia kata badannya terasa gatal-gatal. Adik saya dah ketuk pintu jira tingkat atas itu dan mengaku ada menuang asid. Tetapi dia mungkin hanya berniat mahu membersihkan saluran paip yang tersumbat," kata Shahreza Noor. 


Kes yang lebih sama pernah berlaku pada awal Februari lalu di mana sorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Haidar Munir, berusia 9 tahun melecur hampir keseluruhan badannya disebabkan asid dalam kejadian letupan paip di kediaman. 


Ketika itu, mangsa sedang menggorengtelur di dapur dan tiba-tiba paip penghuni tingkat atas meletup disebabkan penggunaan asid untuk membersih saluran tersebut. 


Letupan itu telah menyebabkan badan mangsa terkena asid dan doktor mengesahkan mangsa melecur tahap ketiga. 


Sumber: Twitter Reza Samat

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close