Baru-baru ini di China, seorang pekerja mencuci pinggan di sebuah restoran dikesan dihantar ke tempat kerjanya menggunakan kenderaan mewah, Bentley.
Berdasarkan klip video pendek yang tular di media sosial negara itu, wanita itu dihantar dan dijemput oleh anak perempuannya di tempat kerja menggunakan Bently setiap hari.
Dalam video itu menunjukkan, wanita berkenaan yang memakai apron dan but getah keluar daripada kenderaan itu dan nampak teruja untuk memulakan syifnya.
Jika ada yang menyangka dia menghadapi masalah kewangan, anda silap. Sebaliknya wanita berkenaan terlalu lapang dan tidak mempunyai sebarang aktiviti untuk mengisi masa lapangnya, lalu memilih untuk bekerja sebagai pencuci pinggan.
"Tak ada pinggan untuk dicuci hari ini? Bosannya lahai..."
Kekayaannya bukannya lagi menjadi satu kerahsiaan, namun itu tidak menghalangnya untuk terus datang bekerja dan sudah tentu dia juga dibayar gaji seperti kakitangan lain, tetapi itu bukanlah keutamaannya.
"Saya rasa bosan dan tidak selesa kalau saya tak basuh pinggan satu hari," katanya yang bukan hanya sekadar mencuci pinggan, malah membersihkan restoran tersebut.
Difahamkan, anak perempuannya tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang sudah berusia. Tetapi dia tidak dapat menghalang keinginan orang tuanya itu untuk terus bekerja dan mahu menjalani pengalaman yang berbeza.
Kagum dengan semangat ibunya, dia mengambil keputusan untuk memberi sokongan dengan menghantar dan mengambil ibunya di tempat kerja.
Sumber: China Times, World of Buzz
0 comments:
Post a Comment