Masalah kewangan dipercayai punca Rubiah Sabtu dipukul suaminya mnggunakan tukul besi sampai mati

loading...



Dalam perkembangan terkini kes wanita maut dipukul menggunakan tukul besi oleh suaminya, polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan yang tercetus di antara mangsa dan suspek itu adalah berpunca daripada masalah kewangan. 


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dapatan itu adalah berdasarkan siasatan awal yang dilakukan oleh pihaknya. 


Suspek berusia 32 tahun yang bekerja sebagai tukang rumah itu kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


"Hasil siasatan mendapati, punca kejadian dipercayai suspek mengalami masalah kewangan dan dia juga bebas daripada pengaruh dadah. 


"Hasil bedah siasat yang dilakukan pada mayat mangsa semalam mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di kepala disebabkan objek tumpul," katanya. 


Dalam kejadian jam 8 pagi Rabu, 5 April 2023, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, dikatakan bergaduh dengan suspek sebelum dipukul menggunakan tukul besi di bahagian muka. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian mata, dahi, hidung, telinga dan mulut. 


Wan Zaini Wan Abdullah, bekas ibu mentua Rubiah Sabtu


Sementara itu anak mangsa yang berusia tiga kini dijaga oleh bekas ibu mentuanya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, yang juga mendedahkan Rubiah sebelum ini pernah berpesan agar dia mengambil dan menjaga anak-anaknya sekiranya ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya. 


Difahamkan, hubungan Wan Zaini dengan Rubiah adalah sangat baik walaupun arwah dengan anak lelakinya sudah berpisah sejak empat tahun lalu. Malah mereka saling berhubung dan bertanya khabar. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close