'Sukar kawal harga makanan sudah dimasak, lagi-lagi kalau peniaga kata itu resepi 8 keturunan'

loading...

Foto Hiasan | The Malaysian Reserve


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kerajaan pada masa ini masih belum ada garis panduan untuk mengawal harga makanan yang telah dimasak, berbanding barangan mentah yang dikawal oleh kerajaan. 


Walau bagaimanapun, perkara itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk diteliti.


"(Harga) ayam kalau di pasar kita boleh kawal. Namun jika sudah dimasak dan (peniaga) kata itu resepi lapan keturunan atau datuk dan neneknya, itu sebab harganya mahal. Jadi, agak sukar untuk kita kawal harga barangan bermasak.


"Seperti yang Menteri KPDNHEP kata semalam, jika pihaknya melihat harga yang diletakkan terlalu tinggi atau melampau, mungkin kementerian akan menasihatkan mereka atau mengambil tindakan.


"Ini di bawah bidang kuasa KPDNHEP, yang penting adalah pengguna tidak ditekan daripada segi harga," katanya. 


Terdahulu, Ismail berkunjung ke bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3, jam 5 petang tai dan menghabiskan masa selama sejam untuk membeli pelbagai makanan. 


Ismail turut menasihatkan semua pengunjung bazar Ramadan mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun penjarakan fizikal bukan lagi menjadi kewajiban.


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close