Ibu bawa anaknya yang lemah ke klinik, dakwa bekalan makanan dirampas guru & dipaksa berpuasa

loading...

Foto sekadar hiasan | Google Images


Seorang wanita mengadu bekalan makanan yang dibekalkan kepada anaknya berusia 7 tahun diambil oleh gurunya. Sedangkan dia memberikan bekalan makanan itu kepada anaknya untuk berbuka puasa sekiranya tidak dapat menahan puasa.


Insiden itu diceritakan semula oleh pegawai perubatan Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi Facebooknya kelmarin yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Difahamkan, kanak-kanak terbabit baru saja mahu mengenal puasa. Memandangkan si anak baru saja belajar berpuasa, maka ibunya tidak menyediakan sarapan pagi tetapi dibekalkan air dan roti untuk berbuka di sekolah sekiranya tidak tahan.


Namun begitu, di waktu tengah hari ketika dijemput oleh ibunya, kanak-kanak itu kelihatan sangat lemah dan terpaksa ke klinik. Anaknya juga mengatakan dia benci berpuasa, benci sekolah, benci kawan-kawan dan tidak mahu berpuasa lagi dan tidak mahu hadir ke sekolah. 


Apabila ditanya mengapa, anak pengadu menjelaskan makanan dan minumannya telah diambil oleh cikgu, malah mana-mana murid yang tidak berpuasa juga ditegur di khalayak kelas. Hal itu membuatkan mereka yang tidak berpuasa ditertawakan oleh rakan sekelas. 


Bekalan makanan hanya dipulangkan selepas tamat sesi persekolahan. Guru yang sama juga berpesan kepada murid agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Anak pengadu yang bimbang dimarahi hanya sekadar mengangguk. 


Kamarul berpendapat, orang dewasa perlu mengambil langkah yang bersesuaian untuk mendidik kanak-kanak berpuasa, bukannhya dalam keadaan memaksa atau memalukan mereka di khalayak ramai. 


"Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka. Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya. 


"Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan," katanya. 



Walau bagaimanapun, Kamarul meminta netizen tidak mengecam golongan guru kerana bukan semua guru seperti itu. Ada guru yang lebih baik, prihatin dan berempati. 


Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close